Solidariti buat Sang Pejuang

 

Mentari Syawal

    Usai muslim bersujud tanda kesyukuran sementelah langsainya kewajipan berpuasa selama sebulan, Raya pertama dicemari dengan kebongakan Sang Zionis. Kesucian masjid dilangkaui tanpa segan silu. Gema takbir raya sekali lagi disanggah kezaliman kaum penindas.

Apa lagi mahu Mu, Wahai Zionis?
Tidak aku bertanya atas bencinya diriku 
pada bangsa Mu
Jelas aku belas pada
wanitaMu
anak-anakMu
ibu ayahMu

kerana
mereka juga manusia
Jika Palestin yang berbuat onar
Tidak akan aku diamkan jua

Dimana hati belasMu
Apakah dendam sejarahMu
membenarkan bangsatMu
pada bangsa Arab Palestin?

Apakah bangsa Palestin
bukan manusia?
Apakah raungan mereka tidak seperti
anak-anakMu?

Keadilan apa lagi
yang Kau mahukan?




Solidariti Buat Sang Pejuang

Saat mentari kian tenggelam

Menyembunyikan cahayanya
Angin bayu berentak laju
Seiring sorakan takbir
Bergema memuji Ilahi

Dari ufuk timur
Langit berkabus
Diterangi kerlipan bintang
Menyahut gema sang pejuang

Ternyata
Langit kita berbeza
Hujan mereka ditembusi peluru syahid
Teduhan mereka di bawah telapak tangan
Menanti redup
Tak kunjung tiba

Ternyata
Tangisan kita berbeza
Titisan darah mereka mengalir
Tak henti
Menggantikan keringnya air mata

Ternyata
Semangat juang kita berbeza
Dikau di medan perang
Bermimpikan taman firdausi
Wangi seharum kasturi

Namun ternyata
Biar kita dipisah benua
Perjuangan kita sama
Tidak hari ini, esok
Atau lusa 
Kerana janji itu benar

Maralah
Dikau Sang Pejuang
Di barisan hadapan
Kerana
Kami sentiasa ada
Bersama gerak langkah
Lonjakan jihadmu.

2213pm
13 Mei 2021
Raya pertama Syawal 1442H
Angka rakyat Palestin yang cedera hampir 800 orang awam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Memilih tulis syurga atau neraka?

Saksikanlah cinta ini!

Because I am Israel?