Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Saksikanlah cinta ini!

Imej
 Cinta Merentas Zaman bicara tentang pengorbanan ia harus bertapakkan cinta cinta ibu bapa cinta kekasih cinta keturunan lalu logik apakah cinta dan pengorbanan tanpa jalinan darah dan keturunan? tiada! Bulan menyaksikan saat ia terbelah kehalusan persaudaraan Muhajirin dan Ansor yang tiada pernah bersua yang tiada terjalin ikatan dan persaksian itu terus  meredah lautan masa di bawah lembayung cinta Ilahi. I've Got You Brother, Ya Rasulallah.. Bukan diri ini bermaksud untuk menciplak lagu asalnya. Hati saya jatuh cinta saat mendengar lirik dan lagu ini. Siapakah yang mempunyai persaudaraan yang sebegini kukuh di dunia ini? Hatta adik-beradik juga sering bertikam lidah walaupun dilahirkan daripada perut yang sama. Persahabatan seperti apakah yang terlalu tulus ini? Lantas, diri ini terlanjur mengingat cinta Nabi SAW dan para sahabat, Solihin dan kesemuanya. Untuk apa mereka melalui kesemua keperitan dan penderitaan ini..melainkan kerana hubungan akidah dan iman. Bermula dengan cint