Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Memilih tulis syurga atau neraka?

Imej
"Mata pena lebih tajam daripada mata pedang".      Kata-kata hikmah ini sudah tidak asing dalam kehidupan kita seharian. Manusia mula berbicara dengan menggunakan simbol tulisan yang dimuntahkan dalam pelbagai medium. Batu. Daun pokok. Kertas.       Sejarah tentang tulisan dan simbol bahasa terlalu panjang untuk ditelusuri. Ada yang terbukti dengan kesan tinggalan manuskrip dan ada yang masih menjadi tinggalan misteri. Uniknya topik sejarah yang dapat mengaitkan dan membuka mata tentang perkembangan zaman serta teknologi dari yang mula dicipta hingga ke hari ini.      Persoalannya, mengapakah manusia masih memerlukan tulisan dalam perbicaraan?      Tidak cukupkah berbahasa dengan satu-satunya anggota badan yang tidak bertulang iaitu lidah? Pasti ada yang menjawab: Logiklah..bagaimana dengan orang kelainan upaya seperti bisu dan pekak pula?. Benar. Tetapi jauh dari sudut itu, ada hikmah yang jauh lebih indah di sebalik rahsia tulisan ini. Jika diamati dari lu