Catatan

Because I am Israel?

Imej
                                                                            credit to FB Raneen Musleh.      'I am Israel. I came to a land without a people for a people without a land. Those people who happened to be here, had no right to be here, and my people showed them they had to leave or die, razing 400 Palestinian villages to the ground, erasing their history.      I am Israel. Some of my people committed massacres and later became Prime Ministers to represent me. In 1948, Menachem Begin was in charge of the unit that slaughtered the inhabitants of Deir Yassin, including 100 women and children. In 1953, Ariel Sharon led the slaughter of the inhabitants of Qibya, and in 1982 arranged for our allies to butcher around 2,000 in the refugee camps of Sabra and Shatila.      I am Israel. Carved in 1948 out of 78% of the land of Palestine, dispossessing its inhabitants and replacing them with Jews from Europe and other parts of the world. While the natives whose families lived on t

Solidariti buat Sang Pejuang

Imej
  Mentari Syawal     Usai muslim bersujud tanda kesyukuran sementelah langsainya kewajipan berpuasa selama sebulan, Raya pertama dicemari dengan kebongakan Sang Zionis. Kesucian masjid dilangkaui tanpa segan silu. Gema takbir raya sekali lagi disanggah kezaliman kaum penindas. Apa lagi mahu Mu, Wahai Zionis? Tidak aku bertanya atas bencinya diriku  pada bangsa Mu Jelas aku belas pada wanitaMu anak-anakMu ibu ayahMu kerana mereka juga manusia Jika Palestin yang berbuat onar Tidak akan aku diamkan jua Dimana hati belasMu Apakah dendam sejarahMu membenarkan bangsatMu pada bangsa Arab Palestin? Apakah bangsa Palestin bukan manusia? Apakah raungan mereka tidak seperti anak-anakMu? Keadilan apa lagi yang Kau mahukan? Solidariti Buat Sang Pejuang Saat mentari kian tenggelam Menyembunyikan cahayanya Angin bayu berentak laju Seiring sorakan takbir Bergema memuji Ilahi Dari ufuk timur Langit berkabus Diterangi kerlipan bintang Menyahut gema sang pejuang Ternyata Langit kita berbeza Hujan mereka

Saksikanlah cinta ini!

Imej
 Cinta Merentas Zaman bicara tentang pengorbanan ia harus bertapakkan cinta cinta ibu bapa cinta kekasih cinta keturunan lalu logik apakah cinta dan pengorbanan tanpa jalinan darah dan keturunan? tiada! Bulan menyaksikan saat ia terbelah kehalusan persaudaraan Muhajirin dan Ansor yang tiada pernah bersua yang tiada terjalin ikatan dan persaksian itu terus  meredah lautan masa di bawah lembayung cinta Ilahi. I've Got You Brother, Ya Rasulallah.. Bukan diri ini bermaksud untuk menciplak lagu asalnya. Hati saya jatuh cinta saat mendengar lirik dan lagu ini. Siapakah yang mempunyai persaudaraan yang sebegini kukuh di dunia ini? Hatta adik-beradik juga sering bertikam lidah walaupun dilahirkan daripada perut yang sama. Persahabatan seperti apakah yang terlalu tulus ini? Lantas, diri ini terlanjur mengingat cinta Nabi SAW dan para sahabat, Solihin dan kesemuanya. Untuk apa mereka melalui kesemua keperitan dan penderitaan ini..melainkan kerana hubungan akidah dan iman. Bermula dengan cint

Memilih tulis syurga atau neraka?

Imej
"Mata pena lebih tajam daripada mata pedang".      Kata-kata hikmah ini sudah tidak asing dalam kehidupan kita seharian. Manusia mula berbicara dengan menggunakan simbol tulisan yang dimuntahkan dalam pelbagai medium. Batu. Daun pokok. Kertas.       Sejarah tentang tulisan dan simbol bahasa terlalu panjang untuk ditelusuri. Ada yang terbukti dengan kesan tinggalan manuskrip dan ada yang masih menjadi tinggalan misteri. Uniknya topik sejarah yang dapat mengaitkan dan membuka mata tentang perkembangan zaman serta teknologi dari yang mula dicipta hingga ke hari ini.      Persoalannya, mengapakah manusia masih memerlukan tulisan dalam perbicaraan?      Tidak cukupkah berbahasa dengan satu-satunya anggota badan yang tidak bertulang iaitu lidah? Pasti ada yang menjawab: Logiklah..bagaimana dengan orang kelainan upaya seperti bisu dan pekak pula?. Benar. Tetapi jauh dari sudut itu, ada hikmah yang jauh lebih indah di sebalik rahsia tulisan ini. Jika diamati dari lu