BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 28 Mac 2014

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar (MH370)

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Jumaat, 21 Jun 2013

21/6 punya cerita !






Assalamualaikum & hai guys. Dah lama tak update blog ! Biasalah sibuk . Alhamdulillah, aku ditawarkan untuk sambung belajar di UiTM Machang Kelantan. Alhamdulillah, tercapai juga hajat arwah umi aku . Aaminn :) Thanks to Allah SWT ! First time masuk, kena MDS (Minggu Destini Siswa) . MDS ni macam orientasi jugalah, dikendalikan oleh senior-senior UiTM Machang . First week, dah kuliah . Alaaa, chill la !!!! Standard Part 1 memang kalut la. Kena online student portal lepas tu daftar course. Alahai ! Aku pun taktahu nak cakap apa. Setakat ni je laa aku stoly molly kat korang. Got to go ! Kbai Assalamualaikum :*

Ahad, 10 Mac 2013

Nukilan Seorang Anak :(

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat kepada arwah umi . Setelah hampir setengah tahun arwah umi meninggal, aku masih rindukan arwah umi. Arwah umi yang telah banyak memberi semangat kepada aku, banyak memberi dorongan kepada aku. Tanpa arwah, mungkin aku tidak akan kenal erti kebahagiaan, erti kasih sayang. Arwah umi begitu banyak berkorban untuk aku, Cuma aku yang tidak sedar. Aku banyak berdosa kepada arwah umi. Terlampau banyak :( Hati arwah umi telah banyak kali terluka kerana sikap aku. Adik akulah yang menjadi teman untuk arwah umi mengadu, teman untuk menangis. Aku masih teringat suatu malam tu, arwah umi membuat solat hajat untuk aku kerana aku sedang menghadapi peperiksaan awal tahun. Arwah umi sanggup bangun pukul 3pagi (kalau tak silap) untuk buat solat hajat walaupun dia sakit dan tidak berdaya.Tapi aku? Arwah umi selalu menasihati aku supaya belajar rajin-rajin agar aku memperoleh kejayaan yang cemerlang suatu hari nanti. Arwah umi pernah cakap, cukuplah aku memperolehi kejayaan yang cemerlang sebagai tanda aku membalas jasanya. Tapi aku buat tak tahu dengan semua tu. Ibarat mencurah air ke daun keladi, masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri . Aku sangat menyesal namun semua itu sudah terlambat bagiku kerana 25/6/12 , arwah umi kembali ke rahmatullah. Mungkin pada saat itu aku baru sedar. Ya Allah , kalaulah aku masih sempat meminta maaf dengan arwah atas dosa-dosaku dan berterima kasih dengan dia kerana sanggup berkorban untuk aku. Sekarang aku tidak lagi dapat mendengar nasihat dari seorang ibu yang baik, penyayang, seorang yang tabah. Tidak lagi ! Ya Allah, sesungguhnya aku rindukan arwah umi, aku rindukan nasihat dia, aku rindukan suara dia mengajarku mengaji.Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah umi dalam golongan orang-orang yang beriman, Kau hapuskanlah dosa-dosa arwah umi. Sesungguhnya aku memohon kepadaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin~

P/S- Kepada saudara-saudari yang masih lagi mempunyai ibu, jagalah dia sebaik  mungkin. Jangan biarkan hati dia terguris dengan sikap kita. Mungkin kita tidak mengetahui bahawa ibu kita telah banyak berkorban untuk kita. Sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu. Al-Fatihah untuk arwah umi, Rosnani Bt Mat Jusoh………………………. 


Selasa, 15 Januari 2013

Cinta ♥


Ampunkan daku Ya ALLAH..
Kerana telah mendahulukan cinta MANUSIA,
Lebih daripada mendahulukan cinta MILIKMU..
Terima Kasih YaALLAh..
Kerana telah menyedarkanku..
Daku kembali pada MU Ya ALLAH


[ Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangkaJ ]

Khamis, 20 Disember 2012

Kawan,


Assalamualaikum, izinkan saya update...Ada banyak jenis kawan: ada yang ikhlas berkawan dengan kita, ada yang tak ikhlas berkawan dengan kita, ada yang berkawan dengan kita sebab kita banyak duit, ada yang berkawan dengan kita sebab nakkan pertolongan dari kita je, ada juga kawan sebab paras rupa, dalam memilih kawan sebenarnya tak salah, asalkan yg kita pilih tak menyusahkan kita sudah, ada kawan ni bila susah cari kawan, tapi bila senang lupa kawan, ada kawan senang lupa, bila jumpa kawan baru, dah lupa kawan lama,   ada juga kawan yang nak kita asyik ikut cakap dia je, dia buat kita mcm hamba dia plak.dan ada juga kawan bila kita respect dia, dia pula makin pijak kepala kita, semakin kita respect dia, semakin dia pula buat kita macam budak budak, tapi kawan yang ikhlas berkawan bila kita susah dia akan tolong kita, bila kita sedih, dia akan cuba happykan kita, bila kita risau dia tanya kita kenapa, bila kita salah, dia tegur kesalahan kita, dalam mencari kawan kita kena berhati hati, kita jangan mudah percaya, kita jangan suka ber'rahsia dengan kawan, selain kita dah kenal dia betul betul, sebab kawan boleh menjadi lawan  dan kawan boleh berubah, kawan mudah lupa, dan jangan lah kita terpengaruh sangat dengan kawan sampai kita tak tahu jalan balik ke rumah... lol dah lebih ni, haha itu saja bye.

Rabu, 19 Disember 2012

XD

Assalamualaikum Hari ni 19/12/2012, hari result PMR keluar . Ada yang happy, sedih & macam-macam lagi lah ragam-ragam adik-adik Form3. Result SPM? Bhahaha, hanya tuhan saja yang tahu betapa nervousnya aku . Anyway, tahniah yang dapat 9A/8A/7A/6A/5A/4A/3A/2A/1A and yang tak dapat A atau yang gagal tu, korang dah berusaha. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya, kan? PMR dah lepas, namun SPM masih menunggu . So, study study study ! GoodLuck adik-adik :)

 

Sabtu, 2 Jun 2012

Duhai Muslimah, Mahalkan Mahar Maruahmu

baby
Alhamdulillah , didetikkan hatiku untuk menulis artikel tentang maruah seorang muslimah .Muslimah, kamu itu cantik sebenarnya. Walaupun kau tutup seluruh auratmu, sesungguhnya yang tertutup itu lebih terjaga kualitinya daripada yang terdedah.
Di sini, inginku coretkan tentang maruah. Tidak dapat dinafikan lagi, setiap muslimah yang sedang ataupun telah meniti alam remajanya pernah mengalami satu situasi ataupun ujian wajib bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam .
Wahai muslimah sahabatku, mari kita faham perspektif pemikiran lelaki terhadap wanita. Sepertimana yang kita tahu, lelaki mudah meluahkan kata-kata manis untuk mendapatkan madu cinta daripada seorang Hawa . Madu cinta itu akan diteguk untuk menghilangkan dahaga yang tidak berpanjangan.Sepertimana lebah, dia tidak akan hinggap pada bunga yang telah diambil madunya. Dia akan pergi ke bunga lain untuk mendapatkan madu.  Itu gambaranku. Ima yakin, ramai sahabat Ima yang faham apa yang Ima gambarkan itu.
Madu itu maruah seoarang wanita. Yang sememangnya maruah wanita muslimah itu sangatlah cantik. Jangan kau berikan pada lebah-lebah yang tidak layak kau berikan madumu itu. Tapi, bagaimana kalau sudah terlanjur cinta ? Baiklah, Ima sangat faham situasi ini kerana Ima sendiri pernah mengalami pengalaman begini. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah Taala dan bimbingan Ummi Ima serta sahabat-sahabat, Ima sudah nampak jalan penyelesaian.

Begini sahabatku sayang, masih belum terlambat untuk kamu berubah niat. Ima faham, perasaan cinta itu satu fitrah. Ima tidak dapat menafikan fitrah tersebut. Tetapi, cuba kita halakan fitrah cinta itu kepada Allah. Mengapa tidak ? Lihat di sekeliling kita, apa yang Allah Taala berikan kepada kita ? Macam-macam nikmat dan pinjaman-Nya kepada kita yang tidak terhitung. Lihat pula pada ujian-ujian yang ditimpakan kepada kita. Sesungguhnya, Allah Taala menguji setiap hamba-Nya berdasarkan apa yang hamba-Nya mampu sahaja. Itu merupakan salah satu daripada tanda cinta Allah kepada hamba-Nya tetapi ramai hamba-Nya yang tidak menyedari akan hakikat itu .
Cinta manusia . Sememangnya indah, dibalas setiap kali dilafaz. Didengar dan dikongsi setiap kali kesedihan dirintih. Kamu yakin setiap apa yang dilafaznya itu ikhlas ? Kamu yakin bahawa dia benar-benar berkongsi kesedihan dengan kamu ? Mungkinkah, dia akan mengadu kepada kawan-kawannya , betapa menyampahnya dan meluatnya dia dengan sikap kita. Bukan mahu buruk sangka tetapi kadang-kadang ia perlu dalam beberapa situasi untuk menyelamatkan kita daripada hanyut .
Jadi, bersederhanalah dalam berhubung dengan kaum Adam. Jagalah kesucian cinta itu untuk diberikan kepada pasangan yang sah dengan ikatan ijab dan qabul kelak. Tidak salah untuk berhubung dengan lelaki, tetapi dengan syarat, kamu mesti ada prinsip kamu yang tersendiri dan kekalkan prinsip kamu walau digoda bagaimana cara sekalipun. Misalnya, prinsip kamu adalah " Aku tidak akan sesekali mengucapkan madah-madah cinta walaupun pada hakikatnya aku rasakan aku betul-betul sayangkan mamat nih". Prinsip itu biarlah sesuatu yang menjaga maruah cinta kita. Semoga bermanfaat buat kalian. Wallahu'alam.