BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 10 Mac 2013

Nukilan Seorang Anak :(

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat kepada arwah umi . Setelah hampir setengah tahun arwah umi meninggal, aku masih rindukan arwah umi. Arwah umi yang telah banyak memberi semangat kepada aku, banyak memberi dorongan kepada aku. Tanpa arwah, mungkin aku tidak akan kenal erti kebahagiaan, erti kasih sayang. Arwah umi begitu banyak berkorban untuk aku, Cuma aku yang tidak sedar. Aku banyak berdosa kepada arwah umi. Terlampau banyak :( Hati arwah umi telah banyak kali terluka kerana sikap aku. Adik akulah yang menjadi teman untuk arwah umi mengadu, teman untuk menangis. Aku masih teringat suatu malam tu, arwah umi membuat solat hajat untuk aku kerana aku sedang menghadapi peperiksaan awal tahun. Arwah umi sanggup bangun pukul 3pagi (kalau tak silap) untuk buat solat hajat walaupun dia sakit dan tidak berdaya.Tapi aku? Arwah umi selalu menasihati aku supaya belajar rajin-rajin agar aku memperoleh kejayaan yang cemerlang suatu hari nanti. Arwah umi pernah cakap, cukuplah aku memperolehi kejayaan yang cemerlang sebagai tanda aku membalas jasanya. Tapi aku buat tak tahu dengan semua tu. Ibarat mencurah air ke daun keladi, masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri . Aku sangat menyesal namun semua itu sudah terlambat bagiku kerana 25/6/12 , arwah umi kembali ke rahmatullah. Mungkin pada saat itu aku baru sedar. Ya Allah , kalaulah aku masih sempat meminta maaf dengan arwah atas dosa-dosaku dan berterima kasih dengan dia kerana sanggup berkorban untuk aku. Sekarang aku tidak lagi dapat mendengar nasihat dari seorang ibu yang baik, penyayang, seorang yang tabah. Tidak lagi ! Ya Allah, sesungguhnya aku rindukan arwah umi, aku rindukan nasihat dia, aku rindukan suara dia mengajarku mengaji.Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah umi dalam golongan orang-orang yang beriman, Kau hapuskanlah dosa-dosa arwah umi. Sesungguhnya aku memohon kepadaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin~

P/S- Kepada saudara-saudari yang masih lagi mempunyai ibu, jagalah dia sebaik  mungkin. Jangan biarkan hati dia terguris dengan sikap kita. Mungkin kita tidak mengetahui bahawa ibu kita telah banyak berkorban untuk kita. Sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu. Al-Fatihah untuk arwah umi, Rosnani Bt Mat Jusoh………………………. 


0 comments: