BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 16 November 2011

‎~~DI SEBALIK KESUNYIAN~

Kesunyian dinihari
membuat tertumpah kesedihan
mencari wajah sendiri
menjalar ketakutan
menghitung khilaf
berapa banyak jahitan dosa
pada pakaian kehidupan

Resah melanda
berapa cerucuk hitam
yang telah terpahat
pada dinding aqidah
berapa angka kesilapan
yang tertampal kotoran

Ya Rahman
Ya Rahim
ampuni segala dosa-dosa
terimalah taubat
taburkan rahmatMu
bagi membaluti kembara hidup

0 comments: